BACK TO MAIN  |  ONLINE BOOKSTORE  |  HOW TO ORDER

TWN Info Service on Free Trade Agreements

13 March 2007


Malay Business Group Voice Concern over US-Malaysia FTA


The Malay Businessmen and Entrepreneurs Association of Malaysia (Perdasama) has called on the government to conduct detailed study on the implications of the US-Malaysia FTA on the country because of the potential far-reaching impact of the proposed agreement.

Its President, Dato' Moehamad Izat Emir voiced concern that the FTA could spell a death-knell for local businesses as many of them would be unable to compete with the large US companies. He is worried that if government procurement is included in the agreement, many of the contracts currently open to local companies will taken from them and given to US companies who are in a better position to win the contracts.

Under the investment chapter, Malaysian companies, government-linked corporations and public services such as water and electricity risk being taken over by foreign companies, he said, adding that this could lead to the recolonisation of the country.

Moehamad Izat’s comments was made in a press statement issued on 6 March 2007 and reproduced below.


Best wishes,

Third World Network
2-1, Jalan 31/70A
Desa Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur
Tel: +603-2300 2585
Fax: +603-2300 2595
email: twnkl@po.jaring.my
websites: www.twnside.org.sg and www.ftamalaysia.org

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6 MAC 2007
KENYATAAN AKHBAR

FTA – PENJAJAHAN BARU EKONOMI GLOBAL

Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) perlu dilihat secara lebih mendalam kerana perjanjian ini bukan sahaja menuntut pembukaan perdagangan secara seluas-luasnya kepada Amerika Syarikat tetapi merupakan satu penjajahan baru era globalisasi dalam ekonomi negara.

FTA merangkumi pelbagai perkara termasuk isu tariff, hak pelaburan, produk, hak harta intelektual (IP), pemerolehan kerajaan (procurement), perubatan, persaingan pasaran, alam sekitar dan tenaga buruh.

Isu bab pemerolehan kerajaan (procurement) harus dilihat secara serius kerana ia merupakan satu peluang perniagaan yang banyak diberikan kepada pedagang dan pengusaha tempatan. Dari pemerolehan dalam pembinaan bangunan kerajaan, sekolah, jalan raya, pembelian peralatan pejabat sehinggalah kepada perkhidmatan ICT is merupakan peluang perniagaan yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh kontraktor tempatan. Apakah nasib mereka sekiranya FTA membuka peluang kepada kemasukan syarikat-syarikat gergasi antarabangsa yang bermodal besar? Sudah pastinya dari persaingan ini, syarikat tempatan akan ditelan hidup-hidup dan akan gulung tikar sahaja.

Manakalan pasaran tempatan negara dalam industri Perisian ICT (software) adalah masih baru. Pasaran tempatan masih mentah dalam perisian yang memerlukan hak harta intelektual (IP) yang patennya perlu didaftarkan. Jika kita mahu mendaftarkan paten ini pula, kita perlu berfikir beratus kali kerana ia melibatkan kos yang tinggi. Bayangkan jika 4 perisian kita sebenarnya berhadapan dengan 50 perisian lain yang sama dari sebuah syarikat gergasi ICT. Sedangkan perisian komputer kita yang digunakan pada hari ini melibatkan pelbagai perkara termasuk mesin ATM, terminal jualan, pengurusan inventori, perbankan, bekalan tenaga, pengurusan terminal lapangan terbang dan pengurusan harian setiap operasi perniagaan.

Saya turut memandang serius kesan FTA dalam industri perubatan di mana kebanyakan ubat yang dipasarkan di dalam Negara dan yang diimport dari India akan terjejas kerana tidak dipatenkan sedangkan harganya adalah lebih rendah. Kos ubat yang meningkat ini akan memberi kesan kepada pesakit-pesakit AIDs, lelah, Parkinson dan sakit jantung. Secara tidak langsung para peniaga terpaksa menelan kos produk ubat-ubat yang tinggi dan mungkin 10 kali ganda kerana hanya boleh memasarkan produk yang telah dipatenkan. Malah US juga pastinya akan menekankan peraturan farmasiutikal yang pastinya memberi impak kepada pengeluar ubat-ubat tempatan.

Saya juga telah melihat kesan perjanjian FTA di antara US-Chile. Di masa syarikat-syarikat antarabangsa US telah mengambil alih kebanyakan syarikat di sektor pertanian yang menjadi nadi utama. Dengan adanya hak pelaburan dalam FTA sudah pasti syarikat-syarikat antarabangsa akan mengambil alih perniagaan yang melibatkan syarikat korporat negara kiat, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan perkhidmatan awam seperti bekalan air dan elektrik. Secara tidak langsung sebenarnya Negara telah dijajah semula.

Walaubagaimanapun saya percaya, kerajaan di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Abdullah b Hj Ahmad Badawi akan membuat keputusan yang sewajarnya mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat. Saya mengharapkan kebebasan ekonomi di era global ini bukan sahaja terbuka tetapi lebih adil bagi Malaysia sebagai sebuah Negara yang membangun berbanding dengan Amerika Syarikat sebagai sebuah Negara maju dan kuasa besar ekonomi dunia.


Dato' Moehamad Izat Emir
Presiden
Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA)

 


BACK TO MAIN  |  ONLINE BOOKSTORE  |  HOW TO ORDER