|
TWN Info Service on Free
Trade Agreements
12 March 2007
Recolonisation Under the US
FTA?
Because the US is
a much more developed country, to enter into an FTA with the US raises concern as to whether a country will
be able to compete with the US.
According to Martin Khor, the Director of the Third World Network, the
US-Malaysia FTA is so wide-ranging and its implications so far-reaching
that it can pose a threat to the government’s ability to implement the
Ninth Malaysia Plan and its efforts to help the bumiputera community.
In a recent interview with Mingguan Malaysia Khor explained how the
US-Malaysia FTA will result in drug prices rising by as much as 10 times
because more and more medicines will be patented by American companies
which because of their monopolies, are in a position to charge high
prices for their medicines
Apart from medicines, farmers will also face the brunt when import tariffs
are lowered under the US-Malaysia FTA. With the lowering of tariffs,
Malaysia will
be flooded with cheap, subsidised American agricultural products which
the local producers will find difficult to compete.
But, according to Khor, the US-Malaysia FTA will have more serious implications
on the government’s policies to assist bumiputera because the tendering
of government contracts will have to be open to American companies which
are in a better and stronger position to compete.
Many more aspects of the country’s economy will be affected by the FTA,
which lead Khor to conclude that in the light of the fiftieth anniversary
of Malaysia’s independence,
the country could be facing a new form of economic colonisation.
Best wishes,
Third World Network
2-1, Jalan 31/70A
Desa Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur
Tel: +603-2300 2585
Fax: +603-2300 2595
email: twnkl@po.jaring.my
websites: www.twnside.org.sg and www.ftamalaysia.org
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Item 1
Harga ubat melambung jika Data Eksklusif FTA dilaksana
Utusan Malaysia, 4 March 2007
(http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0304&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm):
Oleh: AZNAN BAKAR
KUALA LUMPUR 3 Mac – Rakyat negara ini bakal berhadapan dengan kenaikan
harga ubat 10 kali ganda lebih tinggi jika Amerika Syarikat (AS) memaksa
Malaysia melaksanakan dasar Data Eksklusif melalui Perjanjian Perdagangan
Bebas (FTA).
Setiausaha Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Martin Khor berkata, pada
masa ini ubat yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan dan yang diimport
terutama untuk penyakit AIDS, lelah, Parkinson dan jantung adalah dari
jenis tidak berjenama atau generik yang harganya jauh lebih murah.
Katanya, melalui FTA dibimbangi AS akan memaksa Malaysia melaksanakan
dasar Data Eksklusif tersebut yang mana hanya ubat berjenama dan telah
dipatenkan terutama yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat negara itu
sahaja boleh dijual berbanding ubat generik.
“AS mahukan paten diberikan perlindungan lebih kukuh melalui mekanisme
baru dikenali sebagai dasar Data Eksklusif’ yang menyukarkan sama sekali
pengeluar ubat generik memasarkan produk mereka di sini,’’ katanya pada
temu bual dengan Mingguan Malaysia,
di sini.
Oleh itu, katanya, jika syarat tersebut diutamakan oleh AS dan perunding-perunding
Malaysia
tunduk kepadanya bermakna rakyat negara ini terpaksa membayar harga
lebih tinggi untuk ubat-ubatan pada masa depan.
“Ini perkara berkaitan hidup dan mati kerana harga ubat meningkat dan
mereka (pesakit) pula tidak boleh mendapatkan ubat yang murah,” katanya.
Daripada kajian, katanya, Korea
misalnya menjangka jika paten dadah untuk ubat dilanjutkan bagi tempoh
empat tahun akibat perjanjian FTA, rakyat negara itu terpaksa membayar
kos tambahan sebanyak AS$750 juta (RM2.63 bilion) bagi mendapatkan ubat-ubatan.
Malah, katanya, Kanada yang telah menandatangani FTA dengan AS mendapati
terpaksa membayar AS$600 juta (RM2.1 bilion) lebih tinggi untuk mendapatkan
ubatubatan disebabkan adanya dasar Data Eksklusif itu.
Bagaimanapun, menurut Khor, Malaysia bertindak bijak dalam tempoh dua tiga
tahun lalu apabila Kementerian Kesihatan mengeluarkan lesen untuk mengimport
dadah dari India
bagi pesakit HIV/AIDS.’
[I think they got the facts a bit confused, but it should have a good
impact anyway].
There was also a cartoon (Senyum Kambing) on the bottom left of the
front page which says ‘khabarnya FTA boleh menjajah kita’ and the other
person says ‘Apakah maknanya 50 tahun merdeka’.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Item 2
‘‘Penjajahan’ melalui FTA
Utusan Malaysia, 4 March 2007
(http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0304&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm)
MUKADIMAH
Oleh kerana Amerika Syarikat (AS) adalah sebuah negara maju dan kuat,
maka FTA dengannya mengundang kebimbangan besar terhadap kemampuan negara
ini menghadapi persaingan sengit daripadanya. Tetapi Persetujuan Perdagangan
Bebas (FTA) meliputi banyak aspek hinggakan ia dikatakan mampu mengancam
kebebasan kerajaan untuk menggubal dasar-dasar ekonomi termasuk Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan usaha membantu bumiputera dalam perniagaan.
Seorang aktivis ekonomi yang banyak membuat kajian mengenai perdagangan
bebas, Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan FTA ialah Martin Khor.
Pengarah Third World Network, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpusat
di Pulau Pinang ini melakukan kajian mengenai isu-isu perdagangan sejak
1991.
Dalam wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZIN MAHMUD, AZNAN
BAKAR dan YULPISMAN ASLI di pejabat Utusan Khamis lalu, Khor menghujahkan
betapa FTA Malaysia-AS boleh mengakibatkan harga ubat akan naik melambung
tinggi hingga 10 kali ganda kerana lebih banyak ubat akan dipatenkan
oleh syarikat AS yang menentukan harga ubat bagi mengaut keuntungan.
Selain perubatan, peladang juga akan menerima akibatnya apabila tarif
tanaman luar negara akan dikurangkan. Dengan adanya FTA bersama AS,
Malaysia akan dibanjiri oleh hasil tanaman AS yang
amat murah berbanding dengan harga tanaman Malaysia.
Tetapi lebih parah lagi, menurut Khor, implikasi daripada FTA Malaysia-AS
boleh menjejaskan dasar-dasar kerajaan dalam membantu perniagaan bumiputera
kerana pemberian kontrak atau tawaran perniagaan oleh kerajaan mesti
dibuka kepada syarikat-syarikat AS yang pastinya lebih mampu bersaing.
Banyak lagi aspek ekonomi negara yang terancam dengan FTA Malaysia-AS
dengan akhirnya Khor mengungkapkan bahawa sempena negara menyambut ulang
tahun kemerdekaan ke-50 tahun ini, kita juga menghadapi ancaman penjajahan
ekonomi bentuk baru.
Mingguan: Apa sebenarnya terkandung dalam FTA?
Martin Khor: Sebenarnya FTA adalah satu perjanjian. Saya tidak pasti
mungkin ia membabitkan 500 atau 700 muka surat.
Jika kita lihat FTA yang ditandatangani antara AS dengan Singapura,
ia memberikan satu gambaran baik di mana terdapat banyak bab, enam perjanjian
merangkumi banyak bab. Setiap bab ada perjanjian tersendiri. Jadi terlalu
banyak perjanjian untuk dipersetujui.
Apakah pecahan yang terdapat dalam bab-bab ini?
MARTIN KHOR: Ada
satu bab membabitkan bagaimana hendak mengurangkan tarif makanan. Misalnya
produk pertanian seperti beras. Bagaimana hendak mengurangkan tarif
beras. Terdapat bab tentang pemerolehan kerajaan (government procurement).
Bab itu turut merangkumi perkara bagaimana untuk membenarkan pihak asing
mendapat kontrak kerajaan bagi membekalkan kertas atau perabot, atau
turut serta dalam projek kerajaan seperti membina jalan raya, sekolah,
empangan dan sebagainya.
Terdapat juga bab tentang perkhidmatan seperti perbankan, insurans,
pengangkutan, telekomunikasi, bekalan air, perkhidmatan guaman, kedai
gunting dan banyak lagi.
Dalam bab-bab ini, AS mencadangkan supaya Malaysia membuka ‘pintunya’. Jadi,
syarikat mereka boleh masuk dan beroperasi dalam bidang-bidang tersebut
yang ketika ini dihadkan kepada beberapa negara sahaja. Atau, mereka
juga boleh membeli syarikat-syarikat Malaysia.
Bab perkhidmatan adalah serius kerana ketika ini kita mengehadkan pemilikan
pihak asing dalam perbankan dan sebagainya.
Bab pelaburan pula sama dengan bab perkhidmatan, tetapi ia lebih luas
kerana merangkumi perkilangan, pertanian, peladangan, perlombongan dan
sebagainya. AS hendak menggunakan bab ini untuk membolehkan syarikat-syarikatnya
masuk dan memiliki atau mengambil alih syarikat atau ladang dan sebagainya.
Bab Harta Intelek (IP) pula satu bab yang sangat penting kerana ia akan
turut memberi kesan kepada orang ramai. Bergantung kepada jenis perlindungan
Harta Intelek yang dibenarkan. Ada perjanjian
IP yang Malaysia tidak
dan belum tandatangani di peringkat antarabangsa kerana kita berpendapat
keburukannya lebih banyak berbanding kebaikan.
Sekarang, jika kita menandatangani FTA, ia akan menyebabkan kita terikat
sama dengan perjanjian-perjanjian IP di peringkat antarabangsa.
Kajian yang kita buat mendapati, sesetengah perjanjian itu memberi kesan
negatif kepada Malaysia.
Kenapa wujud kebimbangan apabila Malaysia mahu menandatangani FTA dengan
Amerika Syarikat (AS)?
Martin Khor: Saya berpendapat, terdapat banyak kebimbangan. Satu daripadanya
ialah dari segi pengguna. Sebagai contoh kita terpaksa membayar harga
lebih tinggi untuk ubat-ubatan dan kita tidak lagi boleh membeli ubat
baru yang berada di pasaran. Pada masa hadapan, terlalu sukar untuk
membeli ubat pada harga murah, sebaliknya perlu membayar harga yang
tinggi.
Ini kerana ubat-ubat bagi pesakit-pesakit Aids, lelah, Parkinson atau
sakit jantung, ketika ini ada dua jenis ubat yang digunakan. Satu yang
dihasilkan oleh syarikat-syarikat besar, dan kedua ubat generik yang
tiada jenama.
Kebanyakannya dikeluarkan oleh syarikat tempatan atau asing seperti
India. Ini kerana,
menurut kesatuan pengeluar ubat generik, ubat berjenama yang telah dipatenkan
sepuluh kali lebih mahal berbanding ubat generik.
Mengikut cadangan yang dikemukakan oleh AS dalam FTA, mereka mahu melanjutkan
tempoh perlindungan paten.
Mereka mahukan paten diberikan perlindungan lebih kukuh dan mereka juga
mempunyai mekanisme baru dikenali sebagai Data Exclusivity yang menyukarkan
sama sekali pengeluar ubat generik memasarkan produk mereka di sini,
sama ada ia dihasilkan di dalam negara apatah lagi yang diimport.
Jadi, sekiranya kita tidak ada ubat generik maka kita hanya boleh membeli
ubat berjenama dengan kos 10 kali ganda lebih tinggi. Ini akan memberi
kesan kepada pengguna. Mereka yang mempunyai anggota keluarga sama ada
ayah, abang, ibu atau nenek yang bergantung kepada ubat-ubatan, akan
lebih terjejas.
Adakah perkara ini telah berlaku pada negara-negara yang menandatangani
FTA dengan AS
Martin Khor: Di Korea misalnya, syarikat-syarikat insurans menjangka
jika paten ubat dilanjutkan bagi tempoh empat tahun akibat perjanjian
FTA, rakyat negara itu terpaksa membayar kos tambahan sebanyak AS$750
juta (RM2.63 bilion) bagi mendapatkan ubat-ubatan. Jumlah itu sudah
tentu amat tinggi.
Malah rakyat Kanada, negara yang turut menandatangani FTA dengan AS
mendapati, mereka terpaksa membayar AS$600 juta (RM2.1 bilion) lebih
tinggi untuk mendapatkan ubatan-ubatan disebabkan adanya Data Exclusivity.
Bagi Malaysia, kita
telah bertindak bijak dalam tempoh dua tiga tahun lalu apabila Kementerian
Kesihatan mengeluarkan lesen untuk mengimport ubat dari India bagi pesakit HIV/AIDS.
Ini kerana ubat tersebut dijual 50 peratus lebih rendah.
Ia membolehkan kementerian memberikan rawatan kepada lebih ramai pesakit.
Bagaimanapun, jika Malaysia
menandatangani FTA, adalah sukar untuk pihak kementerian mengeluarkan
lesen berkenaan dan dengan jumlah peruntukan yang sama sebelum ini,
pihak kementerian hanya mampu merawat sebilangan kecil pesakit disebabkan
kos ubat yang meningkat.
Perkara ini telah menimbulkan kebimbangan kepada persatuan-persatuan
yang mewakili pesakit AIDS dan mereka menentang keras FTA. Ini perkara
berkaitan hidup dan mati kerana harga ubat meningkat dan mereka (pesakit)
pula tidak boleh mendapatkan ubat yang murah. Selain itu, kemampuan
pihak kementerian merawat pesakit juga semakin berkurangan dan lebih
ramai pesakit AIDS akan meninggal dunia.
Sejauh mana FTA menjejaskan dasar kerajaan?
Martin Khor: Saya berpendapat, kerajaan dan semua rakyat tahu sejak
1970-an, kerajaan memperkenalkan apa yang kita panggil Dasar Ekonomi
Baru. Sebelum itu, kita mempunyai dasar ekonomi yang agak sederhana
dan orang asing boleh memiliki apa sahaja yang mereka mahu, tetapi dasar
itu telah diubah. Dalam perbankan kita mula memperkenalkan bank tempatan
dan sudah tentu pemilikan asing dibataskan.
Ini kerana kita berpendapat, polisi sebelum ini kurang baik, maksud
saya, selepas 13 tahun (sehingga tahun 1970) merdeka pemilikan asing
dalam ekonomi adalah 70 peratus. Sementara pemilikan bumiputera hanya
sekitar satu atau dua peratus.
Jadi, adalah perlu untuk Malaysia
memiliki dasarnya sendiri secara total, dasar untuk mengawal pelaburan
dan pengagihan saham. Maka saham asing dapat dikurangkan kepada 40 peratus,
bumiputera pula ditingkatkan kepada 30 peratus dan bukan bumiputera
pula yang sebelum ini sekitar 20 peratus juga boleh ditingkatkan.
Kita mempunyai Dasar Pembangunan Nasional, dasar Misi Nasional dan sekarang
di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Di bawah pelaksanaan
FTA dasar ini akan secara drastik terjejas dalam beberapa aspek.
Terjejas dari aspek mana?
Martin Khor: Pertama, dalam bab pemerolehan (procurement). Sekarang
kerajaan boleh membantu syarikat tempatan apabila kerajaan berbelanja
seperti membeli peralatan pejabat dan menganjurkan seminar. Juga ketika
kerajaan melaksanakan projek- projek seperti membina sekolah, jalan
dan empangan berharga RM1 juta atau RM1 bilion.
Polisi kita adalah mengutamakan syarikat tempatan walaupun mungkin kos
mereka 10 peratus lebih tinggi. Ini wajar kerana ia boleh mewujudkan
peluang-peluang pekerjaan dan memberi keuntungan kepada syarikat tempatan.
Keuntungan itu mereka laburkan semula untuk mewujudkan lebih banyak
peluang pekerjaan kepada rakyat. Jika kita buka kepada syarikat asing
dan membeli produk luar, kita hanya merangsang ekonomi mereka dan menyediakan
peluang pekerjaan kepada rakyat mereka.
Kedua, sudah tentu kita hendak memperkenalkan sektor domestik dan hasil
daripada pemerolehan kerajaan merupakan langkah terbaik untuk mencapai
hasrat tersebut. Selepas zaman penjajah, kita mahu menjana penyertaan
warga tempatan dan kerajaan akan menggunakan bank-bank tempatan berbanding
bank-bank asing. Kerajaan akan menggunakan syarikat tempatan untuk membina
jalan.
Ketiga, di Malaysia kita ada dasar mengutamakan bumiputera. Dalam terma
kontrak, dari segi membekalkan bahan-bahan dan sebagainya dasar ini
yang diguna. Ia bertujuan membantu pengusaha kecil dan sederhana (SME).
Sudah tentu kita juga mempunyai syarikat-syarikat besar. Bagaimanapun,
dasar pemerolehan kerajaan di Malaysia
ialah mengutamakan bumiputera dan berkelayakan. Ini adalah langkah jelas
untuk meningkatkan keusahawanan dan perniagaan kecil di kalangan bumiputera.
Dari apa yang kami tahu berdasarkan data yang dikumpulkan daripada WTO,
perniagaan daripada pemerolehan kerajaan adalah berjumlah kira-kira
RM92 bilion setahun. Angka ini mungkin mencecah sehingga RM100 bilion
setahun, mengambil kira perbelanjaan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan
negeri serta pihak berkuasa tempatan, terutama syarikat milik kerajaan
(GLC).
Jika kita buka kepada FTA berdasarkan cadangan AS dan FTA dengan lain-lain
negara kelak, banyak perniagaan yang sebelum ini diperuntukkan kepada
orang Malaysia akan
‘terhakis’. Ini tidak akan membantu dan tidak menjana ekonomi tempatan,
ia akan mengalir keluar.
Adakah ini bermakna semua polisi yang dilaksanakan kerajaan akan terhapus
dangan adanya FTA?
Martin Khor: Tidaklah semua, tetapi kita terpaksa menghapuskan kebanyakan
polisi dan rangka tersebut akan mewujudkan banyak tekanan pada masa
hadapan. Itulah masalahnya.
Dewan Perniagaan AS di Malaysia
telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan mereka tentang segala tuntutan
tersebut. Ia termasuk membuka sektor perbankan, insurans, industri penyiaran
bagi membolehkan mereka mewujudkan stesen televisyen sendiri, pemasaran,
pasar raya, ICT, industri farmaseutikal, peguam, doktor dan sebagainya.
Mereka telah menggariskan segala bentuk halangan yang dikenakan kerajaan
sekarang termasuk kebenaran pemilikan asing sebanyak 20 peratus dan
mahu ia ditingkatkan sehingga 100 peratus. Mereka mahu dasar kerajaan
yang menyokong industri tempatan dihapuskan.
Sebagai contoh, jika sesebuah pasar raya atau hypermarket hendak beroperasi,
dasar sekarang ialah mereka perlu menyediakan 30 peratus ruang untuk
memasarkan produk tempatan terutama di kalangan SME bumiputera. Jadi,
mereka mahu dasar ini dimansuhkan.
Saudara rasa Malaysia akan bersetuju dengan perjanjian FTA tersebut?
Martin Khor: Saya tidak kata Malaysia bersetuju dengan tuntutan tersebut.
Saya juga pasti kumpulan perunding negara juga akan mengemukakan tuntutan
bagi pihak kita.
Tetapi kerangka inilah yang sedang diwujudkan. Sekarang kita boleh kata,
ya saya bersetuju ke atas beberapa perkara, dan tidak kepada beberapa
yang lain, tetapi kita telah membuka rangka tersebut.
Jadi, AS boleh berkata, ini adalah pendekatan semasa yang anda perlu
jika mahu mengekalkan sebahagiannya. Tetapi, anda perlu melaksanakannya
dari semasa ke semasa. Anda tidak boleh berpatah balik. Jika sekarang
anda membenarkan 49 peratus pemilikan asing, pada masa hadapan ia perlu
dinaikkan kepada 70 atau 100 peratus, tetapi tidak mengurangkannya menjadi
30 peratus. Ini akan menyebabkan anda tersekat supaya tidak menukar
dasar.
Jadi, dengan menandatangani FTA di bawah tuntutan AS, kita juga akan
menghapuskan dasar yang mengehadkan pemilikan syarikat oleh pihak asing.
Maka, mereka boleh mengambil alih bank dan banyak lagi.
Adakah kita mempunyai pilihan?
Martin Khor: Secara teorinya ada. Tetapi ia melibatkan dua negara dan
segala kemungkinan boleh berlaku. Hakikatnya, AS telah menandatangani
FTA dengan beberapa negara seperti Singapura, Chile, Mexico, Kanada
dan Bahrain. Jika kita lihat FTA yang ditandatangani, ia lebih kurang
sama sahaja atau template, ia rangka biasa dengan kandungan biasa.
Misalnya, kita tidak bersetuju berkaitan bab pemerolehan kerajaan dan
kita keluarkan bab itu. Mungkin juga kita tidak bersetuju bab pelaburan,
harta intelek dan boleh dikeluarkan. Tetapi AS akan berkata, kami tidak
bersetuju untuk mengadakan perjanjian. Itu adalah hakikatnya, melainkan
kita bersetuju dengan tuntutan mereka, maka perjanjian akan ada.
Pilihan ada. Tetapi bolehkah kita kata duduk berbincang dan berunding
bagi menyatakan kita tidak mahu itu dan ini? Mungkin boleh. Tetapi,
saya tidak fikir AS akan bersetuju dengan permintaan kita. Dalam erti
kata lain, pilihan kita terhad iaitu terima atau tidak.
Pada pandangan saudara adakah perunding- perunding kita sedar perkara
ini?
Martin Khor: Saya harap begitu. Saya tidak kata kerajaan menolak segala
tuntutan, tetapi apa yang saya maksudkan ialah menyedarkan orang ramai
bahawa inilah tuntutan AS.
Sebagai wakil persatuan pengguna saya mahu supaya kerajaan menolak tuntutan
tersebut. Kita tidak menyalahkan AS. Mereka berbuat demikian demi kepentingan
mereka. Tetapi kita tidak boleh tunduk. Lebih-lebih lagi ia akan menjejaskan
orang ramai.
Ia juga akan menjejaskan para petani, sektor perniagaan. Kami persatuan
pengguna amat prihatin terhadap kesannya ke atas pengguna. Pada masa
yang sama kita tidak mahu sektor perniagaan di Malaysia hancur.
Adakah ini bermakna kerajaan kena tangguh dulu perjanjian FTA dengan
AS?
Martin Khor: Janganlah kita terburu-buru dalam perkara ini. Walaupun
ada tarikh akhir untuk membuat keputusan, kita boleh menandatanganinya
jika sudah bersedia. Banyak isu berkaitan cadangan yang dikemukakan
oleh AS. Kebanyakannya menyentuh perkara pokok, termasuk dasar ekonomi
Malaysia, pelan pembangunan negara dan juga RMK-9. Matlamat RMK-9 boleh
terjejas, begitu juga K-ekonomi melalui peraturan harta intelek dan
hak cipta yang merendahkan kemampuan orang dan syarikat tempatan.
Apa yang saya hendak katakan, jika kita tidak membuat keputusan menjelang
tarikh akhir iaitu 31 Mac ini, ia bukanlah satu tragedi besar kepada
dunia.
Jika benar apa yang kita katakan perjanjian yang dikemukakan AS sebagai
template dan meminta anda mematuhi tuntutannya, sekarang adalah baik
untuk Malaysia menyatakan pendirian. Misalnya kita tidak boleh memansuhkan
dasar pemerolehan yang properniagaan tempatan. Jika benar kita tidak
mahu, maka tidak perlu FTA atau mungkin disebabkan kita tidak boleh
menerima beberapa tuntutan AS, maka tidak perlu membuang masa.
Kita tidak perlu malu kerana gagal mencapai kata sepakat dalam FTA kerana
ia bukan satu peperiksaan. Saya rasa, Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz perlu membuat pendirian.
AS dan Malaysia masih boleh menjadi sahabat baik, walaupun tidak mengadakan
FTA kerana kita sudah pun menjalin persahabatan sebelum ini. Dan ia
mungkin lebih baik apabila pertikaian di bawah FTA dapat dielakkan.’
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Item 3
‘Kesan negatif FTA Malaysia-AS
(http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0304&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm)
Apa itu FTA?
FTA atau Persetujuan Perdagangan Bebas (Free Trade Agreement) adalah
perjanjian perdagangan bebas di antara dua buah negara. Malaysia telah
memulakan rundingan bagi FTA dengan Amerika Syarikat (AS) pada 8 Mac
tahun lalu dan dijangka akan tamat hujung bulan ini.
Apakah perkara yang diliputi oleh FTA?
Produk barangan, perkhidmatan, perubatan, hak pelaburan, pemerolehan
kerajaan dan hak harta intelektual.
Apakah kesan kepada perubatan?
Harga ubat akan naik melambung tinggi kerana lebih banyak ubat akan
dipatenkan oleh syarikat AS yang akan menentukan harga ubat bagi mengaut
keuntungan.
Apa itu paten?
Paten ialah hak monopoli 20 tahun bagi penemuan suatu barangan yang
diperoleh oleh sebuah syarikat sekiranya ia berdaftar dengan pihak berkuasa.
Maka syarikat lain tidak boleh mengeluarkan produk yang sama atau generik
untuk 20 tahun. Contoh bahan tradisional seperti buah mengkudu. Jika
ia dikaji dan dipaten oleh syarikat AS, anda perlu meminta kebenaran
dan membayar royalti kepada syarikat berkenaan untuk menanam dan menggunakan
buah mengkudu.
Apakah kesan kepada pertanian?
Pada masa ini petani Malaysia diberikan subsidi untuk menghasilkan tanaman
dan menjualnya dengan harga berpatutan. Hasil tanaman dari luar negara
dikenakan tarif import untuk melindungi petani daripada kerugian. Selepas
FTA, petani akan kerugian apabila tarif tanaman luar negara akan dikurangkan.
Malaysia akan dibanjiri oleh hasil tanaman AS yang amat murah berbanding
dengan harga tanaman Malaysia. Petani Malaysia akan mengalami kerugian
tinggi dan tidak dapat bertani lagi. AS menggunakan teknologi tinggi
dan memberi subsidi tinggi kepada pertanian mereka. Oleh itu, harga
tanaman tempatan tidak boleh bersaing dengan harga tanaman AS yang sangat
murah.
Apakah kesan kepada sektor perkhidmatan?
AS mahukan Malaysia meliberalisasikan perkhidmatannya yang bermakna
membuka sektor perkhidmatan kepada persaingan asing. AS menyasarkan
syarikat telekomunikasi Malaysia, perkhidmatan kewangan, tenaga, penjagaan
kesihatan, perkhidmatan pengedaran, perkhidmatan profesional seperti
guaman, akauntan, jurutera dan doktor serta perkhidmatan penyiaran.
Apakah ancaman kepada pekerja?
Kerajaan AS mahu semua tarif Malaysia ke atas produk perkilangannya
dikurangkan kepada sifar. Apabila tarif menjadi sifar, barangan yang
dikeluarkan oleh AS akan menjadi lebih murah dan memberi saingan sengit
kepada barangan keluaran tempatan. Maka banyak kilang kecil dan sederhana
tempatan akan kehilangan pasaran dan akhirnya menghadapi kesukaran beroperasi.
Selepas itu, banyaklah pekerja kehilangan pekerjaan.
Apakah kesan kepada harga barangan?
Di bawah FTA dengan AS, sektor perkhidmatan seperti air, elektrik, telekomunikasi,
pengangkutan boleh diambil alih oleh syarikat asing dan beroperasi untuk
keuntungan mengakibatkan kenaikan harga dalam perkhidmatan. Contohnya,
kilang yang mengeluarkan beras perlukan perkhidmatan elektrik untuk
memproses, perkhidmatan pengangkutan dan lebuh raya untuk mengedar barangan.
Jika kos perkhidmatan naik, maka harga beras pun akan naik.’
BACK
TO MAIN | ONLINE
BOOKSTORE | HOW TO ORDER
|