|
TWN Info Service on Free
Trade Agreements
02 March 2007
Government Urged Not to Allow FTA to Jeopardise Peoples Health
The Coalition Against the Privatisation of Health Services submitted
a memorandum to the Health Minister yesterday urging the government
to ensure that the US-Malaysia FTA will not jeopardise the health of
Malaysians.
Other US FTAs have included provisions that have negative impacts on
the quality of health and the cost of medicines, and the Coalition fears
that Malaysia will similarly be affected should these same provisions
are included in the US-Malaysia FTA.
It, therefore, called upon the government to put off all negotiations
until all issues are analysed and resolved.
Below is the memorandum.
Best wishes,
Third World Network
2-1, Jalan 31/70A
Desa Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur
Tel: +603-2300 2585
Fax: +603-2300 2595
email: twnkl@po.jaring.my
websites: www.twnside.org.sg and www.ftamalaysia.org
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MEMORANDUM
KEPADA
DATUK SERI CHUA SOI LEK
MENTERI KESIHATAN
KERAJAAN HARUS MEMASTIKAN SYARAT-SYARAT FTA US M'SIA TIDAK MENJEJASKAN
KESIHATAN RAKYAT MALAYSIA.
Gabungan Membantah Pengswastaan
Perkhidmatan Kesihatan (GMPPK)
2A Jln Sitiawan, Lim Gardens
30100 Ipoh, Perak DR.
1hb Mac 2007
YB Datuk Seri Chua Soi Lek
Menteri Kesihatan Malaysia,
Putra Jaya.
KERAJAAN HARUS MEMASTIKAN SYARAT-SYARAT FTA US M'SIA TIDAK MENJEJASKAN
KESIHATAN RAKYAT MALAYSIA
Kami telah difahamkan bahawa semua Kementerian Kerajaan Malaysia telah
dikehendaki memberi maklumbalas kepada Kabinet terhadap Persetujuan
Perdagangan Bebas dengan Amerika Syarikat (US-M'sia FTA). Mengikut sumber
kami, Kabinet harus membuat keputusan dalam jangkamasa dua minggu samada
Malaysia
harus menandatangani perjanjian FTA atau menangguhkannya buat masa ini.
Pada pandangan kami, Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan
(GMPPK), wujudnya beberapa syarat dalam FTA Amerika Syarikat dengan
negara-negara ketiga yang, jika diterima dalam FTA US Malaysia akan
membawa kesan negatif pada kesihatan rakyat negara ini. Antara perkara
yang akan menyusahkan rakyat kita adalah seperti berikut:
1. Syarat-syarat berkaitan Hak Milik Harta Pencipta "Intellectual
Property Rights" seperti
syarat melanjutkan tempoh patent jika proses pendaftaran patent mengambil
masa yang panjang;
syarat melanjutkan tempoh patent jika didapati bahawa ubat itu boleh
diguna untuk merawat penyakit lain;
syarat "data exclusivity " di mana firma yang mengeluarkan
ubat generic tidak boleh merujuk pada data yang telahpun dikemukakan
oleh pemegang patent untuk ubat itu. Firma generic itu dikehendaki menjalankan
semula semua kajian klinikal untuk membuktikan ubat itu adalah berkesan.
Syarat ini akan memperlambatkan proses membawa ubat generic ke Malaysia;
syarat menyekatkan amalan " parallel import ". Mengikut
undang-undang perdagangan antarabangsa yang sedia ada, sesebuah kerajaan
boleh mengimpot ubat generic demi kepentingan rakyat walaupun syarikat
asal telah mendaftarkan patent untuk ubat tersebut. Kami GMPPK mengalu-alukan
keputusan KKM memakai kelonggaran ini untuk membawa ubat generic HIV/AIDS
ke Malaysia dengan
harga yang hanya 20% harga ubat patent. Keputusan yang bijak dan berani
itu telah membolehkan kerajaan Malaysia
menawarkan rawatan yang berkesan untuk beribu-ribu pesakit AIDS tempatan.
Tetapi, wujudnya syarat-syarat dalam FTA US yang menyekatkan hak ini.
Syarat-syarat seperti yang disenaraikan di atas akan menyebabkan kenaikan
harga ubat. Walaupun pada takat ini sebahagian besar daripada ubat-ubat
yang digunakan oleh hospital-hospital kerajaan adalah ubat generic,
perbelanjaan kerajaan untuk membekalkan ubat telah melambung naik. YB
Menteri juga pernah membuat kenyataan akhbar bahawa kos ubat sedang
melambung tinggi dan adalah susah untuk kerajaan membayar. Masalah kos
akan menjadi lebih serius lagi jika kegunaan ubat generic diketatkan
lagi oleh syarat-syarat yang terkandung dalam FTA dengan Amerika Syarikat.
Yang Berhormat, sudahkah Kementerian Kesihatan menjalankan tinjauan
untuk menentukan kesan syarat-syarat berkaitan patent ubat terhadap
badget kesihatan kerajaan dan juga pada kos ubat di klinik swasta? Apakah
cadangan Kementerian Kesihatan untuk mengawal dan mengurangkan kesan
buruk terhadap rakyat kita?
2. Membuka pintu pada syarikat Amerika untuk melabur dalam sektor kesihatan
negara kita.
Antara syarat-syarat yang dipohon oleh Amerika adalah kebebasan syarikat
Amerika melabur di apa sahja sektor ekonomi yang terbuka pada pihak
swasta tempatan. Jadi, oleh kerana kerjaan Malaysia
telah membenarkan Hospital Swasta, syarikat Amerika yang ingin membuka
hospital swasta mesti diberi kebenaran. Oleh kerana kita membenarkan
syarikat Managed Care Organisation (MCO) tempatan, menurut syarat-syarat
FTA kita juga mesti membenarkan MCO Amerika masuk pasaran Malaysia
jika mereka mahu.
Seperti diketahui oleh Yang Berhormat, masalah terbesar yang dihadapi
oleh Hospital Kerajaan adalah penghijrahan kakitangan kesihatan yang
mahir ke sektor swasta kerana gaji adalah jauh lebih tinggi. Pada takat
ini, walaupun 70% daripada jumlah kemasukan ke hospital (admissions)
adalah ke hospital kerajaan, hanya 30% daripada semua pakar di negara
kita masih bertugas dalam sistem awam. 70% doktor pakar kita berada
di sektor swasta. Pada pandangan kami, kedatangan hospital swasta Amerika
akan meningkatkan penghijarahan doktor dan juga kakitangan lain ke sektor
swasta. Ini akan memperlemahkan lagi sistem kesihatan awam di negara
kita dan akhirnya lapisan-lapisan yang miskin tidak akan menerima rawatan
yang diperlukan.
Adakah Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan kajian terhadap kemungkinan
ini? Bolehkah KKM meneruskan dengan perkhidmatan pakar yang sedia ada
sekarang di seluruh negara sekiranya hospital swasta Amerika membuka
cawangan di Malaysia?
Malaysia
juga mempunyai 10 kolej perubatan. Adakah KKM melakukan suatu tinjauan
terhadap masalah kekurangan kakitangan akademik akibat kedatangan hospital
swasta Amerika ke Malaysia?
Apakah cadangan KKM untuk menangani masalah-masalah ini?
Kami yakin bahawa Yang Berhormat Menteri Kesihatan sedar bahawa sistem
kesihatan di Amerika adalah suatu sistem yang tidak effisyen. Walaupun
perbelanjaan atas kesihatan di Amerika telah sampai 14.5% daripada Keluaran
Kasar Dalam Negara (GDP), masih 60 juta rakyat Amerika tidak dilindungi
kerana mereka tidak cukup miskin untuk didaftar dalam skim insurans
Blue Cross dan Blue Shield (yang menerima subsidi kerajaan), tetapi
tidak cukup kaya untuk membeli polisi insurans swasta untuk diri dan
keluarga. Di Malaysia kita hanya menggunakan lebih kurang 4% daripada
GDP kita untuk menjaga kesihatan rakyat kita. Apakah sebabnya kami mahu
mengalu-alukan suatu sistem yang mahal, membazir dan tidak adil ke negara
kita?
3. Syarat-syarat yang akan menyekatkan kuasa kerajaan mengawal amalan
yang boleh menjejaskan kesihatan rakyat.
FTA Amerika dengan negara ketiga mengandungi syarat "expropriation
clause " dan juga memberi hak pada syarikat menghadapkan kerajaan
ke Mahkamah. Syarat-syarat ini bermakna bahawa syarikat Amerika boleh
menghadapkan kerajaan Malaysia ke mahkamah jika keputusan
kerajaan mengurangkan pendapatan syarikat itu.
Ini telah berlaku apabila Kerajaan Kanada tidak mahu membenarkan syarikat
rokok Philip Morris memasarkan sejenis rokok dengan perkataan "
Light" di atas kotak kerana pada pandangan kerajaan, perkataan
"Light" akan memberi gambaran bahawa rokok itu tidak merbahaya
pada kesihatan. Tetapi syarikat Philip Morris telah mengugut ia ingin
menghadap kerajaan Kanada ke Mahkamah dengan memakai " expropriation
clause". Akhirnya, kerajaan Kanada telah mengundur dan membenarkan
pemasaran rokok dengan perkataan "Light".
Yang Berhormat, wujudnya beberapa syarikat gergasi di Amerika yang mendapat
hasil dan keuntungan yang jauh lebih besar daripada badjet tahunan kerajaan
Malaysia. Syarat
seperti "expropriation clause" ini adalah seperti memberi
mereka senjata untuk mengugut kita. Adakah KKM telah mengumpulkan semua
insiden yang berlaku di negara-negara yang mempunyai perjanjian FTA
dengan Amerika di mana syarat "expropriation clause" telah
dipakai oleh syarikat Amerika untuk mengelak kawalan oleh kerajaan tempatan?
Yang Berhormat, perjanjian FTA ini adalah suatu perjanjian yang begitu
luas dan yang akan membawa kesan yang besar terhadap pelbagai aspek
kesihatan rakyat kita. Pada pandangan kami, isu FTA dengan Amerika harus
dikaji secara terperinci sebelum kita menandatanganinya. Meluluskan
perjanjian ini secara tergesa-gesa kerana paksaan Amerika Syarikat yang
mahu mematuhi tempoh " fast track" ciptaan mereka adalah suatu
langkah yang kurang bijak dan yang akan merugikan rakyat kita.
Kami berharap Kementerian Kesihatan Malaysia akan
menasihatkan Kabinet menangguhkan Perjanjian FTA dengan Amerika sehingga
semua isu (termasuk beberapa yang dihurai dalam memorandum ini) dianalisa,
dibincang dengan teliti dan diselesai.
Terima kasih. Yang Benar
BACK
TO MAIN | ONLINE
BOOKSTORE | HOW TO ORDER
|