|
||
Press Statement 27 January 2016 CAP calls on MPs to reject TPPA The Consumers’ Association of Penang (CAP) is shocked that the Government is making a mockery of Parliament by seeking a blank cheque for the country to be tied to the controversial Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA). In its resolution before Parliament the Government wants a mandate to sign AND ratify the TPPA. Signing before a full understanding of the implications of the host of new obligations and commitments is bad enough, but to ask Parliament to agree to ratification that is a legally binding step at this stage is tantamount to the Government admitting it will disregard growing consternation from many Malaysians. The first day of the debate in Dewan Rakyat saw several opposition members of parliament raising many issues of concern that CAP has alerted the government to over the past four years. Initial analysis of the more than 6,300 pages of text by a range of experts including several from the United Nations, academia and NGOs has confirmed all of CAP’s concerns. Of the 30 TPPA chapters, 24 are targeted at national policies and laws that will change the structure of our national economy and even society. The full implications of what that means are not properly understood yet. When Minister of International Trade and Industry YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed displayed items from pants to a car part in his speech to Parliament yesterday to show the expected increase in exports from the TPPA, he also admitted that the government-commissioned PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia report shows that Malaysia’s overall trade balance will worsen due to the TPPA because of even more imports compared to exports. Thus even the MITI Minister admits there are no gains from the trade chapters where Malaysia was supposed to benefit, so there are no benefitsto outweigh the costs to Malaysia from the 24 non-trade chapters. Besides this, Bank Negara Malaysia Governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz had said that Malaysia has been driven by domestic demand for more than a decade and no longer an export-led economy. Hence CAP views that there is no compelling reason and justification for this TPPA deal, which is also not all about trade. It is no comfort to consumers to have some cheaper imports when the TPPA over time will result in job losses. A recent United Nations study warns that the TPPA would lead to employment losses in all the 12 TPPA countries, totaling 771,000 lost jobs in a 10-year change (2015 to 2025). CAP therefore strongly calls on our MPs to reject the signing and ratification of the TPPA. If a vote of conscience is not permitted to the MPs, then it is on their conscience that future generations of Malaysians will bear the burden and ultimate cost of this unconscionable “free trade agreement”. S.M. MOHAMED IDRIS President Consumers Association of Penang (CAP) 10 Jalan Masjid Negeri 11600 Penang, Malaysia Tel: 604-8299511 Fax: 604-8298109 Website: consumer.org.my Kenyataan Akhbar 27 Januari 2016 CAP menggesa Ahli Parlimen untuk menolak TPPA Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat kecewa bahawa Kerajaan sedang memperolok-olokkan Parlimen dengan memohon kebebasan penuh bagi negara untuk terikat dengan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA). Dalam mengemukakan usul di Parlimen, kerajaan mahu mandat untuk menandatangani DAN meratifikasi TPPA. Menandatangani sebelum memahami dengan penuh implikasi pelbagai tanggungjawab dan komitmen baru adalah cukup buruk, tetapi untuk meminta Parlimen untuk bersetuju dengan ratifikasi, iaitu satu langkah yang mengikat secara undang-undang, pada peringkat ini adalah sama seperti Kerajaan mengakui ia tidak akan mengambilkira keresahan yang semakin meningkat daripada kalangan banyak rakyat Malaysia. Hari pertama perbahasan di Dewan Rakyat menyaksikan beberapa ahli Parlimen pembangkang membangkitkan pelbagai isu yang membimbangkan yang CAP telah suarakan kepada kerajaan dalam tempoh empat tahun yang lalu. Analisis awal lebih 6,300 mukasurat teks oleh pelbagai pakar-pakar termasuk beberapa dari Bangsa-Bangsa Bersatu, ahli akademik dan NGO telah mengesahkan semua kebimbangan CAP. Daripada 30 bab TPPA, 24 bab disasarkan kepada dasar-dasar negara dan undang-undang yang akan mengubah struktur ekonomi negara kita dan juga masyarakat. Implikasi penuhnya masih belum difahami dengan betul lagi. Apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB Dato' Sri Mustapa Mohamed memaparkan barangan dari seluar ke bahagian kereta dalam ucapannya di Parlimen hari ini untuk menunjukkan jangkaan peningkatan eksport daripada TPPA, beliau juga mengakui bahawa laporan PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia yang kerajaan arahkan menunjukkan bahawa imbangan perdagangan keseluruhan Malaysia akan menjadi lebih teruk dalam TPPA sebab lebih import berbanding eksport. Oleh itu, Menteri MITI mengakui tiada keuntungan daripada bab perdagangan di mana Malaysia sepatutnya mendapat manfaat, jadi tidak ada faedah melebihi kos kepada Malaysia dari 24 bab bukan perdagangan. Di samping itu, Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata Malaysia telah didorong oleh permintaan dalam negeri untuk lebih daripada satu dekad dan tidak lagi bergantung kepada ekonomi eksport. Oleh itu CAP berpandangan tidak ada alasan dan justifikasi untuk perjanjian TPPA ini, yang sebenarnya bukan semuanya tentang perdagangan. Ia tidak menenangkan hati pengguna untuk mempunyai beberapa barangan import yang lebih murah apabila TPPA dalam suatu jangkamasa akan menyebabkan kehilangan pekerjaan. Satu kajian Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini memberi amaran bahawa TPPA akan membawa kepada kerugian pekerjaan di semua 12 negara TPPA, berjumlah 771,000 pekerjaan akan hilang dalam jangkamasa 10 tahun (2015 - 2025). Dengan ini CAP mendesak Ahli Parlimen kita untuk menolak usul menandatangani dan meratifikasi TPPA. Jika undi suara hati tidak dibenarkan untuk ahli Parlimen, maka ia adalah pada hati nurani mereka bahawa generasi masa depan rakyat Malaysia akan menanggung beban dan kos muktamad "perjanjian perdagangan bebas" yang tidak berhati perut ini. S.M. MOHAMED IDRIS Presiden Consumers Association of Penang (CAP) 10 Jalan Masjid Negeri 11600 Penang, Malaysia Tel: 604-8299511 Fax: 604-8298109 Website: consumer.org.my
|